Friday, 17 June 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum semua.. hehe.. bertemu lagi kita.. terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk menjengah2 apa yg ada di blog saya.. ok, sempena Hari Bapa yang akan tiba.. actually aku tak tau bila tarikh sebenar hari bapa ni.. hehehe.. aku akan menceritakan kisah hidup bapa aku iaitu Encik Sharingat b. Supaat atau lebih mesra dipanggil abah jew.. hehe..


di Cameron Highland


Abah dilahirkan pada 16 April 1962 di Kg Ayer Manis, Kulai , Johor.. Abah seorg yg tegas, mempunyai semangat juang yg tinggi serta seorg yg peramah.. Abah suka bercerita soal hidupnya kpd aku supaya aku sentiasa beringat utk belajar bersungguh2.. kita bukan org senang, tapi kita perlu kaya dgn ilmu supaya suatu hari nanti, ilmu itu akan mengubah hidup kita.. kalau aku balik dari asrama, abah akan selalu berpesan pada aku di dalam kereta.. abah akan ceritakan kisah hidupnye supaya menjadi tau ladan buat aku..

Masa abah kecil2 dulu, kehidupan pada masa itu mmg susah.. jrg2 dapat makan yg sedap2.. kalau pegi memancing dapat bawak balik ikan, baru merasa dpat makan ikan, tapi alhamdulillah, walaupun hidup susah, abah tetap dihantar kesekolah.. pada ketika umur abah 17 tahun, abah nekad untuk merantau ke Johor Bahru untuk mencari peluang pekerjaan.. atuk aku pulak masa tu mmg jenis org yg garang, jadi abah kuar pagi2 lepas subuh naik basikal dari Kulai ke Jb tanpa pengetahuan atuk, sebab kalau atuk tau, abis lah abah.. bila atuk dpt tahu je abah pegi ke Jb, atuk cakap kat abah yang abah takkan hidup senang,takkan dpt beli rumah, takkan dapat beli kereta.. tapi abah berusaha utk membuktikan pd atuk yg kata2 atuk itu tidak benar..

Di Jb, abah bekerja di sebuah kilang kek dan roti..  pada masa itu abah dapat gaji dlm RM80 je sebulan.. abah ckp abah makan megi ngn telur je hari2.. tak bersiar2 pun kat bandar, buang mase dan buang duit.. sian pule aku dgar.. abah tak boros.. sebulan abah simpan dalam RM20.. bila dah lame keje kat situ, tauke kedai tu suruh abah amek lesen kereta sbb nanti abah boleh keje anta2 barang.. bila duit simpanan dah cukup, abah beli sebuah van.. pada suatu hari tu.. abah kene gi KL utk hantar barang kalo tak silap.. mase kat sane lah abah jumpe mak.. kat Kuala Selangor.. hehe.. ok.. sampai sekarang lah abah keje hantar2 kek dan roti.. tapi berniaga sendiri lah..dah ada perniagaan sendiri.. keje berniaga ni kene rajin.. baru dapat untung banyak.. mesej yg abah nak sampaikan pada aku sebenarnye abah nak aku belajar rajin2.. kalu abah dulu hidup susah bole berjaya, kenapa aku yg hidup senang ni tak boleh berjaya kan..

Ingat lagi mase abah nak hantar aku gi interview universiti baru2 ni.. abah ada cakap ”anak abah ni ada seorg je lelaki.. lepas ni takde sape nak teruskan perniagaan ni.. kalau amer belajar  main2, amer kene ganti tempat abah”.. hmm.. sedih btul aku dgar.. kata2 abah selalu membuat aku tersedar dan insaf.. aku selalu menjadikan abah sebagai idola aku.. abah banyak tahu dalam semua perkara, abah tahu baiki rumah, memasak, menjahit ckit2 lah.. aku bangge dengan abah sebab abah selalu jadi imam kat surau, dipanggil utk mengetuai majlis kenduri tahlil dan mcm2 lagi.. abah adalah lelaki terhebat yg penah aku jumpe.. hehehe.. sehingga kini aku sentiasa menghormati abah, abah seorg yg tegas.. tak suka pembaziran, oleh itu abah jarang belikan aku mainan mase kecik2 dulu.. tak penah didedahkan dgn game2 ni.. abah suruh aku belajar, penah sekali tu aku kena sebat sebab math aku dpat B mase darjah 4.. haha.. tu r, time exam tgok tv.. pastu setiap kali nak exam, abah mesti cabut wayar tv.. hukhuk..

abah bersama pelakon
Raisuddin Hamzah

Sekian sahaja cerita aku mengenai abah aku.. hehe

SELAMAT HARI BAPA ABAH!

TERIMA KASIH!

Monday, 13 June 2011

Mencari duit poket

Assalamualaikum.. hehe.. ape khabar semua.. kpd yg berkerja, selamat bekerja ye.. kerja elok2.. cari rezeki yg halal.. he2.. ok, untuk entry kali ni, aku nak stori ckit pasal aku dapat masuk balik kerja kat Jusco Tebrau City.. hehe.. happy nye.. lame aku tunggu..dua minggu tau slpas aku gi interview, haha.. chief cashier yg interview aku tu ckap kene tunggu dalam seminggu sblum stat keje sbb aku staff lame kat situ..tapi dah 2 minggu aku tunggu,bila aku tepon balik org tu cakap aku bole keje rabu ni.. Alhamdulillah.. nape aku mesti nak keje kat jusco ek?? Hehe.. t aku cite..

   

Actually lepas abis matric, aku tak mohon keje jusco tu dulu, sebab aku nak setelkan lesen moto + kereta aku yg dah tertangguh sebelum masuk matric.. tak sempat nak gi test jpj.. haha.. pastu aku kene amek ujian medsi ngn gi interview kat utm.. hehe.. bila sume dah setel baru lah aku mohon keje.. bila mohon, org tu ckp tunggu agi seminggu.. haha.. dah 2 minggu barulah aku dapat.. haha.. aku mmg nak  keje kat jusco ni.. sbb gaji die mmg lumayan r.. basic RM750.. elaun RM450.. tu belum masuk OT tau..


 Aku sebenarnye penah keje kat jusco ni mase lepas SPM, ok la.. bez.. aku jdi cashier.. penat tu jgn cakap r.. customer asik ramai je.. agi2 kat floor bawah.. market.. jusco tebrau ada 3 floor.. kaunter bukan kegemaran aku ialah di kitchen, sebab kene balut pinggan2 kaca tu ngn kertas .. haha. Leceh kan..  aku suka kaunter men sbb baju lelaki sume jenis shape segi empat., senang lipat dan masuk dlm bag plastic..n lelaki tak ramai shopping.. kalo kaunter ladies ngn cosmetic, mmg aku tak minat.. haha.. sbb baju perempuan kan berambu2 n labuci2 bagai.. so susah nak lipat.. haha..

Ni gambo ID aku mase aku keje jusco sblum ni..


Seronok bile ada duit sendiri kan.. nak beli ape pun senang.. mcm aku dulu sblum masuk matric, kbnyakan barang2 keperluan yg dibeli gune wet aku.. aku taknak bebankan ayah aku.. agpun aku dah besar.. hehe.. sbb tu kite kene keje kawan2.. t ada wet poket sendiri sblum masuk universiti nanti.. hehe.. dapatla kita gunakan wet tu sblm kita dapat biasiswa ataupun pinjaman.. 

Azmeer: keje biar lah yg halal ye! mencari rezeki kerana Allah SWT..

Saturday, 11 June 2011

Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

Assalamualaikum semua.. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog saya.. dan menjadikan blog saya sbg blog info no. 1 anda!.. haha.. perasan lbih.. hehe.. sesaje je.. ok.. utk entry kali ni.. jom kita tinjau Ranking Universiti Terbaik di Malaysia! .. dalam negara aje.. haha.. belajar di negara sendiri pun bagus juge kan.. universiti tempatan pun sudah melahirkan ramai tokoh2 negara yg berjaya sehingga sekarang! walaupun pepatah ada menyebut 'Hujan Emas di Negeri Org, Hujan Batu di Negeri Sendiri'.. hehe.. sedangkan negara kita tak penah pun ditimpa hujan batu! betul tak.. hahaha.. ok, jom.. Fuhh....


Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor's University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University

Azmeer: belajar kat mane2 pun same je kan.. asalkan niat kita betul2 nak blajar..  insyaAllah, kita akan berjaya.. kpd kawan2 yg akan menyambung program ijazah, selamat berjaya ye!! Menuntut ilmu kerana Allah SWT.. !!

Friday, 10 June 2011

Tanda- tanda kiamat kecil dan besar


Assalamualaikum buat pembaca muslimin dan muslimat..!!
hehe.. sempena hari jumaat, kita ada slot ad-din dimana post aku akan berkisar mengenai hal2 keagamaan.. hehe.. untuk post kali ni, aku nak berkongsi dgn korg mengenai Tanda- tanda Kiamat kecil dan besar.. mungkin ramai yg sudah tahu.. tapi sbg hamba Allah yg sering alpa, kita perlu sentiasa mengingatkan saudara2 kita yg lain agar mereka sentiasa berwaspada dan terus meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah SWT.. 
info2 ni sume aku cilok dari beberapa sumber.. hehe.
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”-Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim


10 Tanda- tanda kiamat besar ialah:

  • Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

  • Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

  • Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

  • Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

  • Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

  • Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

  • Gempa bumi di Timur.

  • Gempa bumi di Barat.

  • Gempa bumi di Semenanjung Arab.

  • Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

    Azmeer: kawan2.. marilah kita beristighfar bnyak2.. kiamat semakin hampir dgn kita.. kita tidak tahu bila, tapi pasti akan berlaku.. banyak2 kan lah membuat amalan yg disuruh oleh Nya! dan tinggalkan perkara2 yg dilarang.. saya juge tidak lupe utk mengingatkn diri saya sendiri! :)

  • Thursday, 9 June 2011

    Top 50 Most Trusted People in Malaysia

    Assalamualaikum..
    hehe.. taknak cakap banyak.. jom bace!!.. ada tak name korg tersenarai.. haha

    Survey ni telah dijalankan oleh Reader's Digest. Antara 50 orang yang DIPERCAYAI itu adalah:

    1) Nicol David (squash world champion)

    Datuk Nicol Ann David.. Ratu Squash Dunia

    2) Dr Jemilah Mahmood (founder of Mercy Malaysia)
    3) Lee Chong Wei (badminton Olympic silver medalist, Beijing Games)
    4) Lat aka Mohd Nor Khalid (cartoonist)
    5) Jimmy Choo (shoe designer)
    6) Adibah Noor (singer/actress)
    7) Michelle Yeoh (Hollwood actor)
    8) Jins Shamsuddin (veteran actor)
    9) Afdlin Shauki (aka Chief Kodok, actor/comedian)
    10) Chef Wan (chef)
    11) Paduka Sharifah Mazlina (adventurer, first Malaysian woman Antarctic Solo Expeditor)
    12) Misbun Sidek (badminton coach)
    13) Ivy Josiah (executive Director, Women’s Aid Organisation)
    14) Marina Mahathir (AIDS advocate)
    15) Aznil Nawawi (actor/compere)
    16) M Nasir (singer)
    17) Zang Toi (designer)
    18) Rashid Sidek (badminton player)
    19) Jailani Sidek (badminton world champion)
    20) Gurmit Singh K.S. (executive director of the Centre for Environment)
    21) Amy Mastura (singer)
    22) Sheila Majid (singer)
    23) Siti Nurhaliza (singer)

    Walaupun Bintang Paling Popular
    2009.. namun Dato Siti bukan no. 1.. 

    24) Shebby Singh (former football coach, football presenter)
    25) Razif Sidek (badminton player)
    26) Jaclyn Victor (Malaysian Idol)
    27) Maya Karin (actress, television personality and singer)
    28) Ahmad Idham (movie director)
    29) Harith Iskandar (comedian, actor)
    30) Erma Fatima (actor)
    31) Ramli Ibrahim (choreographer)
    32) Sheikh Muszaphar Shukor (astronaut)

    Angkasawan malaysia
    pertama!!

    33) Irene Fernandez (migrant worker activist)
    34) Kee Thuan Chye (dramatist, poet and journalist)
    35) Aziz M. Osman (director)
    36) Tiara Jacquelina (actress/producer)
    37) Alex Yoong (race car driver)
    38) Asha Gill (television personality)
    39) Fish Leong (singer)
    40) Soo Kui Jien (tv presenter)
    41) Mano Maniam (Fulbright scholar/actor)
    42) Deanna Yusoff (actress)
    43) Sharifah Amani (actress)
    44) Reshmonu (singer)
    45) Lee Sinje(actress)
    46) Ning Baizura (singer)
    47) Ella aka Norzila binti Haji Aminuddin (singer)
    48) Lillian Too (feng shui master)
    49) Awie (singer-actor)
    50) Azwan Ali (TV host)


    Anda percaya?? haha

    Azmeer: jgn mudah percaya dgan org lain.. walaupun tak elok bersangka buruk, tapi kita perlu berhati2 dgn org2 sekeliling kita! 

    Top 10 Most Trusted Porfessions in Malaysia

    1.Pilot
    2.Teacher
    3.Doctor
    4.Paramedic
    5.Firefighter
    6.Surgeon
    7.Scientist
    8.Dentist
    9.Pharmacist
    10.Nurse

    Azmeer: kenapa profession cikgu bukan no. 1 ek.. hehe..

    Wednesday, 8 June 2011

    10 bangunan paling pelik di dunia!

    Assalamualaikum.. hehe.. entry kali ni aku nak kongsikan dgn korg sume pasal 10 bangunan paling pelik dan unik di dunia.. sebenarnye bnyak lagi.. tapi yg ini pilihan aku.. hehe.. jom tinjau2!

    10# Dancing Building, Prague, Czech Republic

    9# House Attack, Vienna, Austria

    8# Cubic Houses, Rotterdam, Netherlands

    7# Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace, France

    6# Stone House (GuimarĂ£es, Portugal)

    5# Ripley’s Building, Niagara Falls, Ontario, Canada

    4# The Crooked House, Sopot, Poland

    3# Kansas City Public Library, Missouri, United-States

    2# The Basket Building, Newark, Ohio, USA

    ini adalah bangunan paling unik pilihan aku!!


    1# Bangunan berbentuk piano (Huainan, Cina)


    7 bandar di Malaysia akan tenggelam!

    Assalamualaikum semua.. jawab jgn tak jwab.. hehe.. utk entry kali ni aku nak kongsi ckit mengenai 7 bandar di Malaysia yg dijangka akan tenggelam pada tahun 2020! ish.. cuak kan.. hehe.. jom check it out.. tgok2, ada tak tempat korg tersenarai!! hehehe..



    JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.


    Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.



    Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. 


    Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun. -BH


    Kawan2.. kita tak tahu ape yg direncanakan oleh Allah SWT.. oleh itu marilah kita same2 memperbanyakkan ibadah kpd Allah.. tinggalkan segala yg dilarang olehNya.. selagi kita masih hidup, bnyak2 kan lah amalan ye.. amalan fardhu jgn tinggalkan, dan bnyak lakukan amalan sunat ye..!

    Tuesday, 7 June 2011

    Berlakon kurang dari 2 minit

    Assalamualaikum semua!! Bertemu lagi kita nampaknye.. Alhamdulillah.. hehe.. mesti korg nak tau kan apa yg aku cube sampaikan dalam entry aku kali ni.. berlakon kurg dari 2 minit?? Haha.. itulah dia.. tak sangka dapat jd pelakon dlm filem pendek arahan aku sendiri.. walaupun dalam poster name org lain sbb aku berlakon ni utk assignment bi la.. haha.. bukan nye filem2 yg diarahkan oleh pengarah2 hebat Malaysia.. kahkahkah.. mase mula2 tecer aku bgtau yg kitorg kene wat product promotion (assignment ke-2), aku pun terpikir2.. nak wat ape ek utk assignment t.. aku pun berbincang ngn ahli2 kumpulan aku, iaitu Khor, Yana, Sarah dan Nora.. aku cadang nak wat iklan pencuci muka atau makanan ringan Corntoz.. tapi tak jadi pulak lepas tu.. aku pun bg cadangan lain.. nak wat trailer filem la..nak promote filem la.. idea ni sebenarnye ialah idea dari kumpulan Amir Khairuddin (katok).. tapi kump diorg tak jadi wat, so aku ambil la idea tu.. hehe.. mcm bez je kan.. so aku pun try.. kitorg sume setuju..

    Selama 4 hari shooting diadakan .. hehe.. terima kasih kpd kru2 tambahan yg bnyak membantu.. oleh sebab kitorg wat filem seram, so kene ada la hantu2 tambahan.. yg memegang watak hantu ialah Nora, tapi takkan Nora nak masuk asrama lelaki kan.. so aku wujudkan hantu lelaki.. mmg kelako.. tak pasal2 jadi komedi seram pule.. hehe.. thanks to Aliff (member sekolah) dan Syuk (classmate) yg sudi jadi pelakon tambahan memegang watak hantu.. ok jom tgok poster filem ni dulu!!



    Ha.. gerek tak poster ni.. Inilah dia filem Missing..hehe.. aku yg edit tau.. ilmu dari kelas IT.. disamping Aliff yg bnyak membantu gak.. video2 ni pun aku yg edit.. utk filem ni, kitorg tak gune name sebenar, tapi gune name2 artis Malaysia yg terkenal..

    WATAK- WATAK

    Azmeer Sharingat ...menyamar sbg.. REMY ISHAK
    Nur Liyana Anirman ...gunakan nama artis... LIYANA JASMAY
    Sarah Yasmin Tajuldin ...tumpang nama... YASMIN HANI
    Khor Sheng Yau ...tak teragak2 sbg... DAVID TEO
    Noor Asekin Md Yasukin ...sbg artis comel... NORA DANISH

    Pengarah Videografi, Suntingan, Skrip, Sutradara/ Lakon Layar oleh Azmeer Sharingat
    Jurukamera oleh Azmeer, Liyana, Sarah, Nora dan Aliff..
    Jurugambar oleh Khor

    Jom tgok TRAILER!!

    video

    SINOPSIS:

    Mengisahkan 4 org pelajar disebuah institusi pendidikan iaitu Azmeer, Khor, Kasih dan Sarah yg mencari kawan nye yg hilang iaitu Naura.. bnyak kejadian pelik dan menakutkan yg dihadapi oleh mereka sepanjang pencarian itu..

    Jom tgok ckit2 babak2 cemas dalam filem ni!


    video


    video




    video


    video


    Berikut ni pulak ialah konon2 nye kitorg ni mng anugerah lah termasuk Filem Terbaik..hehe.. walaupun filem ini belum ditayangkan tapi menang 6 anugerah utama di Anugerah Oscar ke-84 yg berlangsung di Kodak Theater.. ceh menambah2 la pulak..






    Beberapa hari kemudian, tecer kitorg iaitu Madam Hafiza nak hantar satu kump untuk pertandingan product promotion peringkat KMJ.. wah.. ape agi, aku pun nak cube la.. so tecer pun antar name kitorg.. sebagai persiapan sblum pertandingan, kitorg practice bnyak kali.. mmg nak menang la.. hehe.. aku pun upgrade kan lagi video kitorg.. tambah sound effect yg lagi seram dan menakutkan.. pada hari pertandingan, kitorg wat ala-ala press conference la.. hehe..sebanyak 10 kumpulan yg menyertai.. mmg hebat2 la diorg.. kihkihkih.. tetibe penganjur cakap, yg pertandingan ni ada final! haha.. so kitorg kene bertanding lagi lah.. Alhamdulillah.. kami berjaya ke final.. hehe


    Hari yg ditunggu2 telah tiba.. iaitu final pertandingan ni.. kitorg dapat jd peserta pertama! mmg gemuruh dan cuak gile.. dah lah sejuk lak tu dlam DKB1.. ape yg buat kitorg frust ialah.. sound speaker tak berfungsi.. haha.. so bunyi2 seram dan suara hantu mengilai tak dengar la.. dah mcm filem bisu pulak.. haha.. kump lain pun kesian gak.. bila diumumkan pemenangnye, kitorg kalah.. hehe.. tapi aku akui, kump yg menang mmg hebat2.. ada yg wat promosi album, promosi salun dan juga promosi peti ais yg boleh jadi tv! haha.. lagipun diorg nye pronounciation mmg power la nak dibandingkan dgn aku.. hehe.. tahniah!! terima kasih pada kawan2 kelas F36 dan Madam Hafiza yg sudi datang utk memberi sokongan pada kami!!